Contoh Pendahuluan Untuk Assignment Management

ASSIGNMENT 1 (COMPUTER AS TOOL, TUTOR AND TUTEE)

1. Membentuk kumpulan yang mengandugi TIGA orang untuk setiap kumpulan. Kumpulan ini akan kekal sehingga tamat semester. Daftar nama kumpulan di i-folio (seksyen: GROUP).Kemudian, cipta:
- Satu akaun mel elektronik Gmail (menggunakan nama penuh anda, contoh: fariza.khalid@gmail.com) 
- Bina signature pada mel elektronik dan emel kepada pensyarah maisng-masing (rujuk proforma).
- Maklumat dalam signature perlu mengandungi:
  • Nama penuh 
  • Program 
  • Alamat fakulti 
  • Nombor telefon bimbit
2. Menggunakan akaun emel tersebut: 
  • Masuk ke Google Drive dan terokai aplikasi di dalam Google Drive.
  • Cipta akaun Dropbox (www.dropbox.com). 
  • Masuk ke student.weebly.com, log in menggunakan username dan password yang dibekalkan oleh pensyarah anda. (Anda boleh menukar password baru kemudian). 
  • Klik link ini:http://hc.weebly.com/hc/en-us/sections/200354313-Beginner-s-Guide-to-Weebly 
  • Baca panduan asas bagaimana mencipta blog serta pages di Weebly. Cipta satu akaun Weebly juga menggunakan nama penuh anda, contohnya farizakhalid.weebly.com. 
  • Anda perlu mencipta: 
     1 blog (namakan: Refleksi Saya/ My Reflection)
     1 page (namakan: tugasan/assignments) 
     1 page (namakan: Biodata diri/ My Biodata) 
  • Masukkan maklumat URL Weebly anda serta maklumat lain yang diminta dalam ruang "Links to e-portfolio" di bawah dan tekan butang SUBMIT. 

HASIL : 
1. Akaun Gmail: chinchanxing@gmail.com 
2. Akaun Weebly; chinchanxing.weebly.com 

Computer as Tutor, Tutee and Tool: 

Fungsi dan Peranan Komputer dan Internet dalam Pendidikan
Pengenalan 
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
  • Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
• E – mail (Mel Eletronik)
• Laman Web (WWW)
• Internet Relay Chat (IRC)
• Telnet
• Kumpulan Diskusi dan Berita
• File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
  • Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
  • Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
  • Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
  • Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
  • Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
  • Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
  • Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
  • Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
  • Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
  • Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikas
Aktiviti berpasangan/berkumpulan: 
Menggunakan enjin pencarian, dapatkan maklumat tentang:

  1. Learning Management System (LMS)
  2. Course Management System (CMS)
  3. Sumber perisian percuma untuk LMS dan CLS
  4. Klik http://ge1155.weebly.com/forum.html#/ge1155/ dan libatkan diri dalam topik perbincangan.
  5. Tulis dapatan anda tentang CMS/LMS di Google Docs dan upload di Portfolio (Weebly). 
  6. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly. 


HASIL: 
Computer in Education – Assignment 2

Ahli Kumpulan: 
1) Chin Chan Xing                                             A151388
2) Khairul Amar Bin Zainal Abidin                     A150242
3) Arif Bin Yaakub                                             A150137

LMS & CMS.

First of all, the Learning Management System is so advance and at ease where this Web-based/online software provides a platform in planning, implement, and assess the learning process in variety of schools, institutions and universities. It's also a very helpful tool in bringing a transformation to the education field where this type of programme has been widely used in schools, colleges & universities. LMS function as a control center in different institutions where it enables the lecturers to conducts lecturing, sending notes, making important annoucements and even setting questions for students to do in theirs tests. LMS is also a type of tool used to manage the knowledge assets of an institution and make them available to learners (Graf, 2008).

The free Software of LMS I seacrh online are Moodle, Blackboard, Latitude learning, Dokeos, Schoology.

I find that the Course Management System is quite similar to the Learning Management System where it shares the same function as in imparting the knowledge from lecturer/teacher/educator to learner with a Web-based software. Nevertheless, a CMS is typically integrated with other databases in the university so that students enrolled in a particular course are automatically registered in the CMS as participants in that course. I find that the CMS is more specific compare to LMS because LMS is more on generating worksheet and making announcements to students but CMS is more on the course that a learner is taking where it saves a lot of time in interacting with the lecturer without seeing each other face-to-face.

The free Software of CMS I found online are Wordpress, Joomla, Drupal, Silverstripe, FrogCMS.



ASSIGNMENT 3

MINGGU 4
Menggunakan enjin pencarian, dapatkan maklumat tentang tajuk yang terpilih:
  • Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
  • Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
  • Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security) 
  • Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
  • Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
  • Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education)
  • e-learning and mobile learning

MINGGU 5

1. Cari maklumat tentang:

  • Prinsip CASPER
  • Teks, grafik dan warna 
2. Berpandukan bahan yang telah diperolehi dalam aktiviti Minggu 4, bangunkan persembahan (Google Drive) Presentation  dengan mengaplikasi konsep CASPER, pemilihan teks, grafik dan warna yang sesuai 
3. Bentangkan dalam kelas
4. Muat naik slaid ke portfolio 
5. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly


HASIL: 

Ahli Kumpulan: 
1) Chin Chan Xing                                             A151388
2) Khairul Amar Bin Zainal Abidin                     A150242
3) Arif Bin Yaakub                                             A150137 

https://docs.google.com/presentation/d/1VGQAYOMWRF2L9Z9eP4yIWMOlZ3J1Qkr4YGsWkEjTBkk/edit#slide=id.p


ASSIGNMENT 4 

MINGGU 6
  1. Cari maklumat tentang tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian.
  2. Kenalpasti proses pembinaan soal selidik. 
  3. Dalam kumpulan, bincangkan tujuan dan objektif kajian mini, dan senaraikan item untuk dimasukkan dalam soal selidik. Tajuk kajian anda adalah berkaitan dengan topik yang diberi untuk tugasan 3 
  4. Menggunakan Google Form, bina satu set soal selidik berkaitan tajuk yang diberikan.
  5. Di forum Weebly, kongsikan pautan kepada Google form masing-masing.
  6. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.

assignment 5 

MINGGU 7
  1. Masuk ke forum Weebly, dan isi setiap Google Form yang dihasilkan oleh setiap kumpulan-kumpulan lain. 
  2. Rujuk bahan di Internet tentang cara membuat analisis data dari soal selidik.
  3. Kembali kepada Google Form masing-masing dan lihat data yang telah dikumpul, serta lakukan analisis. 
  4. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly. 

MINGGU 8
  1. Dalam kumpulan, sediakan laporan kajian mengikut format yang tepat menggunakan Google Docs. 
  2. Muat naik laporan di Portfolio Weebly masing-masing.
  3. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly. 

HASIL:

assignment 6

MINGGU 9
  1. Menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan (TUGASAN 2), bina satu brosur Microsoft Publisher.
  2. Masukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna. 
  3. Berdasarkan bahan yang sama, bina brosur menggunakan Microsoft Words. 
  4. Muat naik kedua-dua brosur di Portfolio Weebly masing-masing.
  5. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.

HASIL: 


assignment 7

MINGGU 10
  1. Bincangkan elemen-elemen dalam multimedia di forum Weebly.
  2. Dalam kumpulan, bincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam Tugasan 2. 
  3. Tulis refleksi hasil pembelajaran anda di ruangan refleksi di Weebly. 

MINGGU 11
  1. Penghasilan video dalam kumpulan berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10 menggunakan Movie Maker. 
  2. Pengintegrasian elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video.
  3. Muat naik video ke portfolio Weebly masing-masing.
  4. Tulis refleksi hasil pembelajaran  di ruangan refleksi di Weebly.

MINGGU 12
  1. Pembentangan video hasil kerja setiap kumpulan.
  2. Refleksi antara pelajar.
  3. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.

HASIL: 


assignment 8

MINGGU 13 
1.  Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
2.  Memasukkan data
3.  Pemformatan 
4.  Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja 
5.  Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh: 
  •  VLOOKUP
  • STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
6.  Latihan individu 
7.  Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.

MINGGU 14
  1. Memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama.
  2. Menggunakan formula untuk mengira jumlah markah keseluruhan serta penggredan markah individu. 
  3. Memuat naik fail ke portfolio Weebly masing-masing
  4. Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly. 

HASIL: 
  Sample of VLOOKUP
HASIL: 


Ahli Kumpulan: 
1) Chin Chan Xing                                             A151388
2) Khairul Amar Bin Zainal Abidin                     A150242
3) Arif Bin Yaakub                                             A150137

http://goo.gl/forms/sJw1XWbdA8


 

baik dan menghormati

„the spirit of ethic‟ 

akan menjadikan pengurus dilihat mengemudiorganisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.

2.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :a. Konsep Pengurusan Islamb. Konsep Pengurusan Baratc. Konsep Pengurusan Jepun

2.1.1 Konsep Pengurusan Islam

Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan

terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang

kukuh untuk mendapat keredhaan AllahSWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja

Definisi Pengurusan Islam

Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya :

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin

Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakatdan kebolehan serta kemahirankelompok seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi

Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *